THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Khamis, 30 April 2009

~selamat pengantin baru sayang~


1 mei 2009 (esok) x-gelpren teman kahwin dengan pilihan keluarga dan hatinya..teman sedih bercampur gembira..teman sedih sebab tak dapat menjadi suaminya dan..teman gembira sebab..dia menjumpai bakal suami yg terbaik..teman selalu doakan kebahagiaan rumahtangganya..semoga kekal ke anak cucu..amin..SELAMAT PENGANTIN BARU NORAISYAH..

~allah memanjangkan usia ibu~


hari ni teman sedih sangat..sebab..esok 1 mei 2009 adalah besday ibu teman..teman tak dapat sambut dengan ibu teman..teman tau..ibu teman mengharap sangat agar teman dapat balik..tapi..kerja teman membataskan untuk teman lakukan semua itu..ibu maafkan anakmu ibu..teman sayang ibu..ibulah segala2nya dalam hidup teman..TEMAN SAYANG IBU..

Rabu, 22 April 2009

TANDA-TANDA SEBELUM MATI

Tanda 100 hari.

Ini adalah tanda pertama dari Allah s.w.t kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.Walau bagaimana pun semua orang islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengelami getaran atau seakan-akan menggigil.Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian,tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang mafaat.

Tanda 40 hari sebelum kematian.

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika itu daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah s.w.t.Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita.Ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi,mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan di cabutnya.

Tanda 7 hari.

Ada pun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan dimana orang yang sakit tidak makan secara tiba-tiba berselera untuk makan.

Tanda 3 hari.

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk kedalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari.

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan umbun-umbun.Ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir.

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ia akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah s.w.t yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

KADANG-KADANG perjuangan adalah sesuatu yang kita perlukan dalam hidup ini.Jika ALLAH membiarkan kita hidup tanpa sebarang dugaan dan rintangan,itu mungkin akan melumpuhkan kita.Kita mungkin tidak akan menjadi kuat ,tabah dan yakin menempuh segala rintangan untuk meneruskan kehidupan.Fikir dan renungkan…

a n u g e r a h


Teman mohon kekuatan…
Dan ALLAH memberi teman kesulitan-
kesulitan untuk membuat teman kuat.

Teman memohon kebijaksanaan…
Dan ALLAH memberi teman
persoalan untuk
diselesaikan.


Teman memohon kemakmuran…
Dan ALLAH memberi teman otak dan
tenaga untuk bekerja.


Teman memohon keteguhan hati…
Dan ALLAH memberi teman bahaya
untuk diatasi.


Teman memohon cinta…
Dan ALLAH memberi teman orang-
orang yang bermasalah untuk ditolongi.


Teman memohon kemurahan/kebaikan hati…
Dan ALLAH memberi teman kesempatan-
Kesempatan.


Teman tidak memperoleh yang teman inginkan,tapi…
Teman mendapatkan segala yang teman perlukan.

LURUSKAN HATIKU ALLAH

Ya ALLAH…
dengan berkat Nabi-Mu
dan berkat guruku
luruskanlah hatiku
agar agamaku lurus
betulkanlah hatiku
agar aku ikhlas selalu
tetapkanlah hatiku
agar aku tidak tergugat
dengan ujian yang menimpa.


Ya ALLAH..
Tuhan yang mencipta hati
bersihkanlah hatiku
agar mazmummahku
tidak merosakkan agamaku
dan juga tidak merosakkan
kehidupan orang lain


Wahai ALLAH…
yang membolak-balikkan hati
kuatkanlah hatiku
agar keyakinanku tidak berubah
agar aku sentiasa tabah.


Ya ALLAH…
ENGKAU rasakanlah hatiku
sentiasa bersama-MU
supaya aku rasa
ada kawan melindungiku
agar aku tak rasa sepi
di dalam hidupku
aku merasa malu bila
melanggar perintah-MU
dan sentiasa siap sedia
menunaikan perintah-MU.

Ya ALLAH…
Tuhan yang menjaga hati
baikilah hatiku
agar seluruh hidupku menjadi baik
supaya tidak khianat
dan tidak hasad
dan tidak berdendam
sesama manusia.

Ya ALLAH…
limpahkanlah ke dalam hatiku
ilmu dan hikmah
hingga aku dapat menyuluh hati
dan menyuluh kehidupanku
supaya lahir batinku menjadi taat.

Ya ALAH…
aku mengharap agar ENGKAU
kabulkan doaku ini…AMIN

DAMBA KASIHMU



Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu
Ku sering melanggar larangan Mu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhan Mu
Walau sedar aku milik Mu

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hamba Mu
Bilakah diri inikan kembali kepada fitrah sebenarsebenar
Pagi ku ingat petangku alpa begitulah silih bergantih berganti

Oh tuhanku Kau pimpinlah
Diri ini yang mendamba cinta Mu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji depan Mu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis kerana Mu
Kemudian ketawa semula

Kau pengasih,kau penyayang,kau pengampunpun
Kepada hamba-hamba Mu
Selangkahku kepada Mu seribu langkah kau padaku padaku
Tuhan diri ini tidak layak ke syurga Mu
Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka Mu
Ku takut kepada Mu ku harap jua pada Mu
Mogakukan selamat dunia dan akhirat
Seperti rasul dan sahabat




Lirik/lagu:RAIHAN

Kalau Dahi Tak Mencecah Sejadah Di Dunia


Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu’lah sebelum kamu diwudhu’kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah ‘auratmu sebelum ‘auratmu ditutupkan

Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletakan di atas lantai
Lalu dilaksanakan solat Jenazah

Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah,selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekalian muslimin dan muslimat

Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan ‘izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan

Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi ALLAH
Dan dibumbungi langit ALLAH
Serta menikmati rezeki ALLAH


Justeru bila Dia menyeru,sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadikan kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu

Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk itik tak sudu
Tapi ALLAH mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan’Hayya ’alas Solah’
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan ;Hayya ’alal Falah’

Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan ALLAH

Pada hari itu tiada berguna harta,tahta dan putera
Isteri,kad kredit dan kereta
Kondominium,saham dan niaga
Kalau Dahi Tak Mencecah Sejadah Di Dunia

untuk seseorang

TERFIKIRKAH?

Kekadang teman terfikir…
Mengapa kita boleh bertemu dan kemudiannya bersahabat.Kemesraan dan kebaikan menjadi tali pengerat.Segala suka duka telah kita tempuh,tapi mengapa hari ini kita bagaikan manusia yang bermusuh?

Kekadang teman terfikir…
Mengapa diri Adik yang teman rindui,Adik jugalah yang teramat teman sayangi.Perasaan itu tidak pernah berubah lagi dan ia semakin bercambah dari hari ke hari…

Kekadang teman terfikir lagi…
Mengapa Adik sukar untuk memaafkan kesalahan teman.Kekadang manusia lalai,dan kita tidak mampu untuk menjadi manusia yang sempurna.Semua perkara masih boleh berubah,cuma ia mengambil masa.Tetapi ia tak kan berhasil jika Adik terus bersikap diam tanpa bersuara…

Namun perlukah teman memikirkan…diri Adik yang selalu menyakitkan hati.Segala pengorbanan telah teman beri,sudah puas ikhtiar teman cuba cari,untuk hilangkan kemarahan dan dendam di hati.Tapi Adik masih juga tidak mahu mengerti.Apa lagi yang perlu teman janji?

Kenapa teman masih memikirkan…
Segala memori persahabatan yang pernah kita lalui dulu…akhirnya kini buatkan fikiran teman terbelenggu .Sampaikan otak pun boleh jadi biru,juga jadikan hidup teman terganggu.

Sepatutnya teman terfikir…
Hidup di dunia ini hanya pinjaman,entah esok atau lusa ia pasti akan dikembalikan.Berapa banyakkah dosa dan pahala untuk timbangan.Dan cukupkah segala amalan di dunia ini sebagai bekalan,untuk kita lalui siratul mustaqim tanpa halangan?

Fikirlah dan fikirkanlah…
Untuk teman dan jua dirimu Adik,akan datang nanti suatu hari pengadilan,di mana setiap perbuatan akan ada balasan.Hari yang pastinya manusia tidak lagi mampu beralasan.

Janganlah sekali-kali kita bimbang,kerana Allah itu Maha Adil dalam penentuan.Doakanlah agar kita diberi keampunan,mohonlah dengan penuh ketekunan dan ketakwaan,moga-moga kita akan jadi hamba yang beriman,dan Syurga itu manjadi halaman.

Teman bermohon pada Mu Ilahi,demi sebuah persahabat yang amat bererti,sekiranya benar kasih sayang teman pada Adik sejati,dekatkan lagi perasaan kami berdua ini…semoga persahabatan kami diberkati.Juga hiasilah persahabatan kami dengan sifat-sifat yang terpuji.Andai ini adalah kesudahan persahabatan kami,ia pasti pilihan Mu yang terbaik sekali,dan teman akan menerimanya dengan lapang hati.

Adik…
Cuma satu perkara yang teman cukup pasti,nama Adik tak pernah lagi lekang di hati dan akan sentiasa menjadi penyeri walau hari terus silih berganti.Teman cuma berharap Adik akan cuba memahami dan juga cuba untuk menghargai.Sebelum masa mengejar teman pergi,ingin teman pohon darimu Adik…andai masih ada sisa-sisa sayang di jiwa,serlahkan perasaan itu dengan segera.Agar dapat teman tahu bahawa masih ada insan yang menyayangi teman lagi…

apa yang berlaku sekarang

~AS-SALAT~

I feel blazing
When I see ‘Salat’ time ‘Masjid’ is empty
Whereas around peoples are plenty.

I wish to tell them
O ye guys! Are you kids!
That ‘Salat’ is not compulsory on you!
Or are ye ladies!
That is not pure from menses!

‘Muezzin’ is calling you for ‘Salat’
Towards benefits & bounty
Whereas ye are going for play the faulty.

Ah! Could it be harmful if you spend in ‘Masjid’ 10 minutes just?
Rather benefit upon benefit,only benefit
You find the root of all the best.

Ah! Are these the followers of the Prophet!
Who loved ‘Salat’ most?
Whose last was ‘Salat’,’As-Salat’
O my peoples! ‘As-Salat’.

Selasa, 21 April 2009

IBUKU SEORANG PEMBOHONG

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku.Ibu saya memang seorang pembohong!Sepanjang ingatan saya,sekurang-kurangnya lapan kali ibu membohongi saya.Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil.Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin.Makan minum serba kekurangan.Kami sering kelaparan.Ada kalanya,selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi satu keluarga.

Sebagai anak yang masih kecil,saya sering saja merungut.Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak.Tapi ibu cepat memujuk.Ketika makan,ibu sering memberikan bahagian nasinya untuk saya.Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya,ibu berkata:”Makanlah nak,ibu tak lapar”-PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar,ibu yang gigih sering meluangkan waktu sanggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah.Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.
Pulang memancing ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.Sewaktu saya memakan gulai ikan itu,ibu duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.
Saya sedih melihat ibu seperti itu.Hati saya tersentuh,lalu dengan menggunakan sudu,saya memberikan ikan itu kepada ibu.Tetapi ibu cepat menolaknya.Ibu berkata:”Makanlah nak,ibu tak suka makan ikan”-PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia remaja,saya masuk sekolah menengah.Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak.
Suatu dinihari,lebih kurang 1.30 pagi,saya terjaga dari tidur.Saya melihat ibu sedang membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya.Beberapa kali saya lihat kepala ibu terhangguk kerana terlalu mengantuk.Saya berkata;”Ibu,tidurlah,esok pagi ibu kena pergi kebun pula.”Ibu tersenyum dan berkata:”Cepatlah tidur nak,ibu belum mengantuk lagi”-PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan,ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.Ketika hari sudah siang,terik panas matahari mulai menyinar,ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan.Ibu sering kali tersenyum dan mulutnya terkumit-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai,ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh,saya segera memberikan cawan saya itu untuk ibu dan menyuruhnya minum.Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata:”Minumlah nak,ibu tak haus”-PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit,iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan,ibulah yang mengambil alih tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.Ibu bekerja mengambil upah di kebun,membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu.Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.Melihat keadaan keluarga yang semakin parah,seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami,datang membantu ibu.Anehnya ibu menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga ibu dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.Tetapi ibu yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.Ibu berkata:”Saya tidak perlukan cinta,saya tidak perlukan lelaki.”PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja,ibu sudah pun tua.Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat saja di rumah.Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit.Tetapi ibu tidak mahu.Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu,pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.Malahan ibu mengirimkan balik wang itu,dan ibu berkata:”Jangan susah-susah,ibu ada duit.”PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti,saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara.Pengajian saya dibayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membayai pengajian saya juga di luar Negara.
Dengan gaji yang agak lumayan,saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar Negara.Pada pandangan saya,ibu sudah puas bersusah payah untuk kami.Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan,eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pila.
Tetapi ibu yang baik hati,menolak ajakan saya.Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya dengan berkata:”Tak payahlah,ibu tak biasa tinggal di Negara orang.”PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu,ibu semakin tua.Suatu malam saya menerima berita ibu diserang kanser.Ibu mesti dibedah secepat mungkin.Saya yang ketika itu berada jauh di seberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.
Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.Ibu yang kelihatan terlalu tua,menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.Saya dapat melihat dengan jelas bertapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.
Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata.Saya mencium tangan ibu,kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya.Disaat itu hati saya terlalu pedih,sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti itu.Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata:”Jangan menangis nak,ibu tak sakit.”PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucap pembohongannya yang kelapan itu,ibunda tercinta menutup matanya untuk yang terakhir kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah.Anda boleh memeluk dan menciumnya.Kalau ibu anda jauh dari mata,anda boleh menelefonnya sekarang,dan berkata,”ibu saya sayangkan ibu”Tapi tidak saya.Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya,tapi tidak pernah sekali pun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu,sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.Ibu,maafkan saya.Saya sayang ibu.

Oleh:Seorang anak.