TANDA-TANDA SEBELUM MATI
Tanda 100 hari.
Ini adalah tanda pertama dari Allah s.w.t kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.Walau bagaimana pun semua orang islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengelami getaran atau seakan-akan menggigil.Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian,tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang mafaat.
Tanda 40 hari sebelum kematian.
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika itu daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah s.w.t.Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita.Ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi,mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan di cabutnya.
Tanda 7 hari.
Ada pun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan dimana orang yang sakit tidak makan secara tiba-tiba berselera untuk makan.
Tanda 3 hari.
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk kedalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari.
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan umbun-umbun.Ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir.
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ia akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah s.w.t yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Rabu, 22 April 2009
Posted by ~QHASRUL~ at 2:30 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan